Friday 7 September 2018

Pengalaman Terkandas di Jepun akibat Jebi Typhoon, tengok sini!

Baru-baru ini kami melakukan lawatan ke Jepun.

Pada 4/9/2018 kami dalam perjalan pulang ke tanah air mengikut jalan udara. Tiba-tiba kami mendapat berita bahawa sedang terjadi Ribut Jebi atau Jebi Typhoon yang melanda Jepun. Kami baru sahaja keluar dari bilik hotel dan menaiki teksi untuk ke stesen kereta api berdekatan. Setelah sampai di stesen kereta api Tennoji, kami diberitahu semua kereta api suspended.

Kawasan underground semasa Jebi Typhoon

Kelihatan hampir tiada orang di bahagian undeground


Dengan serta merta kami di arah ke underground untuk mencari ruang lebih selamat. Kereta api yang menuju ke airport sudah diberhentikan operasi nya. Kami keluar tadi hujan renyai dan angin sepoi2 bahasa. Tak dak masa nk baca apa-apa sibuk memasak dan mengemas 🙁 Dahsyatnya Jebi Typhoon ni adalah lebih 600 flight telah cancel. Semasa di underground tidak terlalu ramai yang terkandas di sana kerana hanya sebahagian orang sahaja yang tak aware berkaitan Jebi Typhoon termasuk kami.


Mengambil peluang menghubungi orang di Malaysia

Masa di hotel kami  tak baca lg berita ni...if not stay kat hotel ja. Apa pun Allah maha mengetahui. Anak menantu mulai risau akan keselamatan kami. 

Pegawai bertugas

Nampak macam calm je kan di underground ni, sebenarnya angin masih kuat di luar. Pintu semua ditutup. Jam menunjukkan 12.50tengah hari. 

Berita berkaitan Jebi Typhoon di Jepun

Kami masih stranded.train tak boleh pi airport sebab jambatan ke airport rosak dilanggar boat yang kena Jebi Typhoon.Kami sedang rancang alternative. JR tren railway pun rosak...perlu 2 hari utk baiki. Kami berusaha cuba contact Airasia. 

Mengambil peluang berehat di hotel setelah lama ditahan di stesen kereta api bawah tanah

Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk mencari hotel terdekat. Kami tiba di Hotel CoCoDe Plus jam 7.30malam. Bayangkan berapa lama kami di underground sebentar tadi. Kami ambil peluang berehat dan merancang aktiviti untuk keesokan hari. Kami check out jam 11pagi keesokan harinya. 

Que menunggu teksi

Terpaksa jalan kaki kerana ramai org guna teksi sbb xdak train. Penat tak sgt sebab baru keluar hotel tapi takut la juga tak biasa dok underground dlm taufan di luar 😟.


Keadaan selepas dilanda Jebi Typhoon

Kansai airport tutup tak beroperasi...Menariknya bangunan di Jepun tiada satu pun yang terbang melayang seperti yng terjadi di negara lain. Kami terpaksa mencri pilihan aiport lain selain Haneda. Setelah bercakap dan mendapat info dengan customer service AirAsia di Jepun, kami punya pilihan antara Sapporo dan Tokyo airport. Sebarang perjalanan yang di reroute tiada bayan yang perlu dibuat. Good job AirAsia. Kami diberitahu 3000 orang di airport stranded.

Sedapnya rendang minang dari syarikat Sharipah ni. Bawak dari Malaysia. Sedap dari kedai masakan minang LCCT dulu

Alhamdulillah tgh tggu shinkansen 5/9/2018 12:43 pm

Kami sedang beli tiket shinkansen utk ke Haneda, Tokyo. Naik flight dr sana inshaAllah. 

Semasa menunggu Shinkansen Bullet train
Sedang Q beli tiket bullet train ke Haneda airport Tokyo

Flight nanti kul 10.45 tapi kena masuk reserved list. Menaiki monorail ke Airport. Baru sampai ke tempat check-in dan nak dapatkan seat flight mlm ini di Haneda airport. Tiket kami flight smlm di kansai airpot.

Flight delay sbb bad weather. Boarding 5/9/2018, 10.30malam waktu Malaysia

Alhamdulillah dah selamat menjejakkan kaki di KUL 6/9/2018 tepat 5.18 pagi. 

Flight ke Penang 8.05am nanti.. dijangka tiba 9.05 pagi. Kami breakfast dahulu di KLIA. Secara keseluruhannya kami bersyukur kerana masih selamat dan masih diberi peluang oleh Allah untuk terus berjump dengan keluarga kami. Suatu pengalaman yang takkan kami lupakan. ALHAMDULILLAH..













Inginkan Homestay dalam skala besar? Tekan link di bawah.
Sesuai untuk rombongan pengantin, family gathering, mini reunion, family holiday & mini gathering

.
Hubungi Ab Rahman di:
http://wasapp.me/60124732231/Sea+Front+Holiday+Villa


Pengalaman Terkandas di Jepun akibat Jebi Typhoon, tengok sini!

Baru-baru ini kami melakukan lawatan ke Jepun. Pada 4/9/2018 kami dalam perjalan pulang ke tanah air mengikut jalan udara. Tiba-tiba kami...